Bahan Bantu Mengajar bagi sesi pengajaran Jahitan Asas, Subjek Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4.
Thursday, September 11, 2014
Langkah-langkah Menjahit Jelujur Halus
1. Mulakan menjahit dengan jahitan kia.
2. Teruskan menjahit dari A ke B dengan jarak 4 mm.
3. Teruskan menjahit dari C ke D.
4. Teruskan menjahit sehingga ke hujung fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Sila rujuk video di bawah bagi mengenali langkah menjahit jelujur halus dengan lebih lanjut.
Jelujur Halus
Contoh Jelujur Halus
Kegunaan Jelujur Halus:
1. Sebagai jahitan hiasan.
2. Untuk mencantumkan dua helaian fabrik.
Wednesday, September 10, 2014
Langkah-langkah Menjahit Jelujur Kasar
1. Mulakan menjahit dengan jahitan kia.
2. Teruskan menjahit dari A ke B dengan jarak 10 mm.
3. Teruskan menjahit dari C ke D.
4. Teruskan menjahit sehingga ke hujung fabrik. Matikan jahitan dengan jahitan kia.
Sila rujuk video di bawah bagi mengenali langkah menjahit jelujur kasar dengan lebih lanjut.
Jelujur Kasar
Contoh Jelujur Kasar
Kegunaan Jelujur Kasar
1. Digunakan sebagai jahitan sementara
2. Untuk menetapkan dua atau lebih lapisan fabrik
Langkah-langkah Menjahit Jahitan Kia
1. Masukkan jarum dari A ke B dengan jarak lebih kurang 4 mm.
2. Tarik jarum dan tinggalkan hujung benang lebih kurang 3 mm.
3. Ulangi proses menjahit dari A ke B sekali lagi supaya benang tidak terlucut.
4. Masukkan jarum dari A ke C dengan jarak lebih kurang 8 mm. Tarik jarum.
5. Masukkan semula jarum ke B dan keluar ke D.
6. Teruskan menjahit sehingga ke hujung fabrik. Matikan jahitan dengan mengulangi dua kali jahitan pada mata jahitan terakhir.
Sila rujuk video di bawah bagi mengenali langkah menjahit jahitan kia dengan lebih lanjut.
Jahitan Kia
Contoh Jahitan Kia
Kegunaan Jahitan Kia:
1.Untuk
memula dan mematikan jahitan.
2.Untuk
menggantikan jahitan mesin.
3.Sebagai
jahitan hiasan.
4.Mencantumkan
dua atau lebih kepingan fabrik.
JAHITAN ASAS
JAHITAN ASAS
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. menyatakan jenis mata jahitan tangan.
2. menyatakan kegunaan mata jahitan tangan.
3. menjahit mata jahitan tangan.
Subscribe to:
Posts (Atom)