Wednesday, September 10, 2014

Langkah-langkah Menjahit Jahitan Kia

1. Masukkan jarum dari A ke B dengan jarak lebih kurang 4 mm.


2. Tarik jarum dan tinggalkan hujung benang lebih kurang 3 mm.


3. Ulangi proses menjahit dari A ke B sekali lagi supaya benang tidak terlucut.


4. Masukkan jarum dari A ke C dengan jarak lebih kurang 8 mm. Tarik jarum.


5. Masukkan semula jarum ke B dan keluar ke D.


6. Teruskan menjahit sehingga ke hujung fabrik. Matikan jahitan dengan mengulangi dua kali jahitan pada mata jahitan terakhir.


Sila rujuk video di bawah bagi mengenali langkah menjahit jahitan kia dengan lebih lanjut.


No comments:

Post a Comment